Revolution Stage mengulangi kemenangan kreatif mereka dengan naskhah terbaru, Perang Terakhir. Formula elemen luaran yang sama seperti naskhah-naskhah mereka yang baru lepas digunakan lagi kali ini: dinding/papan untuk meninggalkan komen, prop dengan gambar-gambar berkaitan dengan naskhah yang dipentaskan dan meja menjual merchandise buku dan DVD semua ada, juga di pentas Morne Art Gallery. Sudah terasa seperti ini ialah rumah Revolution Stage; sampai makanan pun dah mula dijual kepada penonton-penonton yang hadir. Inilah antara sebab saya menyukai RS, kerana mereka peka akan kehendak penonton, dan pandai mencari jalan untuk mencari untung. Berbalik kepada naskhahnya. Perang Terakhir mengisahkan Omar dan anak dewasanya Rahimah pada zaman perang besar yang difahamkan sedang meletus di serata dunia. Omar digambarkan sebagai seorang yang takut menghadapi realiti dunia luar, sering berjaga…

+  Read more