Kemunculan kumpulan teater kecil yang mementaskan teater skala kecil semakin rancak dipersembahkan. Terbaharu, teater Antologi Neo-romantik yang dipentaskan di Stor Teater DBP terbitan Artful Creator dan Paradoks Production. Neoromantik ditulis dan diarahkan oleh Aloy Paradoks. Teater ini memenangi Skrip Terbaik dalam Sayembara Menulis Skrip Teater Pendek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2012 yang lalu. Melalui pertandingan itu juga, Aloy Paradoks turut dianugerahkan sebagai pelakon lelaki terbaik dalam sayembara tersebut. Kini, Aloy Paradoks kembali mementaskan Neoromantik dalam durasi yang lebih panjang. Pementasan berlangsung selama empat hari bermula daripada 14 hingga 17 Februari 2013 dan memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Neoromantik membawa persoalan cinta sepasangan kekasih yang hidup di zaman pasca moden. Tidak terperangkap dengan makna cinta tradisional seperti yang pernah…

+  Read more