Pada 22 April hingga 1 Mei yang lalu telah berlangsung Festival Kakiseni bertempat di pusat membeli-belah terkemuka Kuala Lumpur, Pavilion KL. Acara yang berlangsung selama 10 hari ini dikelolakan oleh Kakiseni. Acara seni seperti persembahan (muzik, teater dan tari), forum dan diskusi, bengkel serta pameran berlangsung dengan meriah dan sambutan yang menggalakkan. Serentak dengan festival tersebut, Kakiseni turut menganjurkan Boh Cameronion Arts Award pada malam kemuncak festival di ruang legar Pavilion. Penulis sempat datang menyaksikan beberapa persembahan yang dipersembahkan di Black Box pada hari Sabtu, 27 April 2013. Pihak penganjur telah mendirikan sebuah panggung khas di ruang legar Pavilion yang mampu memuatkan lebih kurang 50-60 penonton pada satu-satu masa. Tiada bayaran dikenakan untuk menyaksikan persembahan di dalam Black Box tetapi penonton perlu beratur untuk…

+  Read more